Saturday, December 29, 2007

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Wallahua'lam

Friday, December 28, 2007

Kisah Arwah Ibu Melawat Mayat Anaknya

Peringatan untuk diri saya dan kawan-kawan semua...

Jangan diabaikan solat 5 waktu

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.

Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka! Jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas 5 minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya, apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertu kar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tisaya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 ni??

Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustaz," kata wanita itu. "Saya diberitahu anak saya telah meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci bernombor 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul. " kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

Sambil mengesat airmata, dia berkata,

"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sedikit pun. Dia memang anak yang baik."

"Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Tapi kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkanya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya wajahnya, tuturannya serta pakaiannya! .

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi 'siapakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dal am ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Baya ngkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia . Kalau 80000 tahun?


Thursday, December 27, 2007

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,
panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Monday, December 24, 2007

Hadith 11

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ (عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ ) عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ


Daripada Abu Hurairah r.a. , dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Kalau tidak aku akan memberati orang orang beriman (umatku), nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi pada tiap-tiap kali mereka mengerjakan solat."


Riwayat Muslim


Hadith 10

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَدْخُلَنَّ مِنْ أُمَّتِي سَبْعُونَ أَلْفًا أَوْ سَبْعُ مِائَةِ أَلْفٍ لَا يَدْخُلُ أَوَّلُهُمْ حَتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ وُجُوهُهُمْ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ


Dari Sahl Bin Sa’ad r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab, mereka masuk berturut turut, sedang rupa mereka sebagai cahaya bulan pada malam purnama.”

Riwayat Bukhari

Tuesday, December 18, 2007

Kecantikan Seorg Lelaki dan Kegagahan Seorg Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Peringatan Untuk Orang Yang Enggan Berjihad Tetapi Hanya Ingin Beramal!!!

Jika anda mengatakan:


Saya duduk tidak berangkat jihad karana saya ingin panjang umur dulu untuk memperbaiki amal. Maka perkataan anda ini bathil dan alasan anda ini tertolak.

Sesungguhnya ucapan yang terlontar dari diri anda ini hanyalah akibat dari sikap ghurur. Demi Allah tidak pernah ada yang namanya menangguh ajal yang telah ditakdirkan.

Allah Ta'ala berfirman: "Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah sekali-kali syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (QS. Fathir: 5-6)

Ucapan seperti ini hanyalah dari bisikan iblis terlaknat dan bukan dari keinginan para wali dan kaum salihin. Bukankah para sahabat dan tabiin pilihan lebih berhak dengan niat ini jika kamu itu memang termasuk orang-orang yang jujur?!

Seandainya para sahabat dan tabiin lebih condong memilih untuk menangguh ajal, nescaya mereka tak akan melakukan hal-hal yang berisiko besar di jalan Allah. Dan seandainya mereka melakukan hal itu, nescaya mereka tak akan pernah memerangi orang-orang musyrikin dan kuffar dan melakukan infansi ke negara-negara lain! Tidakkah engkau pasang telingamu, hai orang yang terfitnah, untuk mendengarkan baik-baik firman Allah Ta'ala:

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika mengetahui." (QS. At-Taubah: 41)

Tidakkah anda mau renungkan baik-baik jika anda memang orang yang paham, firman Allah Ta'ala:

"Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk tak berperang karena uzur satu derajat." (QS. An Nisa: 95)

Dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya berdirinya seseorang pada barisan di jalan Allah, lebih utama daripada ibadah yang dia lakukan di tengah keluarganya selama 70 tahun." Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Sunan Kubro juz 9 hal 160-161, Turmudzi dalam Sunannya juz 3 hal 101-102 dan Hakim dalam Mustadrak juz 2 hal 68. Sanadnya hasan.

Wahai orang yang tertipu, ketahuilah bahwa tidurnya seorang mujahid itu lebih utama daripada Qiyamullail dan puasa sepanjang masa!!

Baiklah, anda benar apa yang anda ucapkan, namun bukankah amal anda itu masih diragukan antara ditolak dan diterima? Bukankah di hadapan anda masih ada perkara yang menyentakkan dan mengerikan? Bukankah anda akan menghadapi hari mahsyar dengan huru haranya yang menakutkan? Tidak, demi Allah, sesungguhnya anda tidak tahu apakah amal yang anda lakukan itu dapat menyelamatkan anda atau malah melemparkan anda!! Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kalian sembunyikan dan apa yang kalian terang-terangkan. Dan jika kalian mati atau terbunuh, hanya kepada Allah juga kalian akan dikumpulkan!

Sunday, December 16, 2007

Hadith 9

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَرَصَتْ نَمْلَةٌ نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَنْ قَرَصَتْكَ نَمْلَةٌ أَحْرَقْتَ أُمَّةً مِنْ الْأُمَمِ تُسَبِّحُ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seekor semut menyengat salah seorang Nabi. Nabi itupun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar. ALLAH lalu menurunkan wahyu kepada Nabi itu: “Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan!”

Riwayat Bukhari

Hadith 8

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Lagi akan datang kepada manusia tahun tahun yang tandus. Dan pada waktu itu orang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya. “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?” Nabi s.a.w. menjawab:
“Orang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.”

Sunan Ibnu Majah.

Saturday, December 15, 2007

LEGO Hina Nabi Muhammad


Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta tattabia millahum "

Persoalannya... Adakah Ini Angkara LEGO??? Atau angkara SIAPA??? Apa tindakan kita sebagai umat Muhammad??
http://parents.lego.com/news/2006-10.aspx

Pemain bola La liga Spain bayar RM2.5million selamat masjid di Spain



Satu masa dulu masjid ini menghadapi masaalah kerana pemegang amanah masjid menjual masjid dan melarikan diri ke luar negara.

Hari ini kita patut terasa gembira dan kagum dengan pemain bola international bernama Frederic Kanoute yang mengeluarkan duit dari poket nya sendiri untuk membayar dan menyelamatkan masjid di Seville Spain dari di tutup.

Moga Allah memberkati pemain bola ini dan mengurniakan keberkatan dalam rezekinya. Aminnnnn

Friday, December 14, 2007

OSAMA PENGGANAS ????

“ ADAKAH tindakan Osama Laden yang dianggap pengganas oleh masyarakat dunia antarabangsa masa kini bertentangan dengan kehendak agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW??” Masih ada yang bertanya

Jom kita teliti sejarah di zaman Nabi SAW…

Abu Bashir seorang penduduk Makkah
Dengan diam-diam beliau meninggalkan Makkah, kerana sudah lama beliau masuk Islam secara sembunyi-sembunyi di sana. Bila pemuka-pemuka Quraisy Makkah sedar, mereka menyuruh dua agennya mengintip dan berjumpa Nabi di Madinah. Abu Bashir disuruh cari oleh Nabi sampai jumpa, dan bersemuka di majlis beliau.

“Encik Bashir
” Kata Nabi “Engkau sendiri dah maklum perjanjian kami dengan Quraisy. Engkau adalah penduduk Makkah, sebab itu jangan terkejut dua utusan ini datang memastikan engkau dibawa pulang ke Makkah, engkau sendiri pun tahu! Kami tidak boleh mengkhianati perjanjian. Ghadar (langgar perjanjian) adalah pantang bagi kita! Oleh itu pulanglah bersama dua orang yang menjemput engkau ini. Saya doakan moga-moga Allah cepat-cepat melepaskan engkau dari kesulitan!”

Perjanjian yang dimaksudkan itu adalah Perjanjian Hudaibiah, antara orang musyrikin Makkah dengan Nabi pimpinan di Madinah. Antara kandungannya ialah, ‘…kalau ada orang Quraisy datang kepada Muhammad tidak se izin pemimpin-pemimpin Quraisy, maka orang Quraisy berhak menuntut supaya orang itu segera dipulangkan ke Makkah. Tetapi sebaliknya, jika ada pengikut Muhammad datang ke Makkah, maka orang Makkah tidak mempunyai kewajipan buat memulangkan mereka kembali ke Madinah.’

Baru selesai sahaja perjanjian itu ditulis, tiba-tiba muncul seorang yang badannya penuh ikatan rantai besi. Dia adalah tawanan Quraisy kerana menjadi pendatang tanpa izin masuk ke kota Makkah. Dia sudah lama mengisytiharkan dirinya seorang Muslim. Dia datang kini, kerana ingin melihat wajah Rasulullah. Rupanya dia terkena dengan isi perjanjian itu dan terpaksa dihantar pulang waktu itu juga. Dia adalah Abu Jundul anak kepada Suhail bin ‘Amer. Suhail adalah penanda tangan perjanjian itu bagi pihak Quraisy

“Mula kita buat perjanjian
dah langgar!” Sergah Suhail kepada anaknya, Abu Jundul Direntap dan dipukul mukanya. Ditolak ke tempat orang-orang Quraisy yang sedang melihatnya.

“Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kamu biarkan aku jatuh ke tangan musyrikin untuk menfitnah aku dalam agamaku??” Jerit Abu Jundul yang sedang diseret ke Makkah
Namun, keresahan orang-orang Islam yang ada di situ masih terkawal.

“Abu Jundul! Kau bersabarlah
Allah pasti akan menolong engkau dan semua orang yang lemah teraniaya. Berat bagi kami melanggar janji yang telah diikat. Kita pantang mungkir janji!!” Kata Nabi.

Umar bin Khattab berdiri dekat Abu Jundul sambil memujuk, “Ikut dulu Abu Jundul dan sabarlah! Mereka adalah musyrikin, darah mereka adalah darah anjing!” Nyaris dia tidak menyerang ayahnya dengan pedang
Kerana setianya pada perintah Rasul, air matanya menitis juga terpaksa menahan marah.

Begitu pula dengan Abu Bashir, bila mendengar ucapan Nabi kepadanya tadi, wajahnya menjadi murung dan muram
Lama dia termenung, katanya, “Ya Rasulullah! Apakah aku pun tuan sanggup kembalikan kepada musyrikin hingga mereka aniaya aku dalam keyakinan agamaku??”

Nabi tidak menjawab apa-apa lagi
Dua Quraisy tersebut dengar sendiri perintah Nabi itu kepada Bashir. Abu Bashir pun diajak pergi. Dalam perjalanan, semasa dua Quraisy itu tidur nyenyak tengah malam, disentaknya pedang yang seorang, lalu dibunuhnya yang seorang lagi itu. Yang sedang tidur itu tersedar ketakutan, lalu diarah Bashir berangkat sendiri ke Makkah. Sedangkan dia pusing balik ke Madinah.

Di Madinah dia mengadap Nabi sekali lagi dan menceritakan apa yang berlaku
“Ya Rasulullah. Perintah tinggalkan Madinah telah ku patuhi. Kesetiaan tuan teguhi janji telah berlaku. Tuan telah serahkan aku ke tangan puak itu Kini aku telah membela diriku dan agamaku jangan sampai teraniaya, atau mereka membuat sesuka hati padaku!”

Nabi tidak menjawab juga
Tanpa minta izin Abu Bashir pun pergi.

Setelah Abu Bashir pergi baru Nabi bersuara, “Kalau dia dapat kawan, dia boleh cetuskan perang terhadap musuhnya!” Bashir pun menyisihkan diri ke suatu tempat di tepi laut bernama ‘Iish
Dihubunginya rakan-rakan sealirannya semula, hingga tersebar luas gerakannya bersama kata-kata Nabi tersebut. Dalam masa paling singkat terkumpul 70 pemuda bersenjata terdiri dari pelarian Makkah, termasuk Abu Jundul.

Kerja mereka ialah mengganggu dan merompak kabilah-kabilah niaga Quraisy yang berulang-alik ke Syam, hingga suasana tidak aman lagi
Hal yang menyebabkan puak Quraisy menghantar utusan kepada Nabi, pohon tarik balik isi perjanjian seperti disebutkan, walaupun pelakunya adalah pemuda-pemuda Makkah sendiri. Setelah berlaku tarik balik perjanjian, barulah kaum Muslimin merasa bebas menziarah sahabat-sahabatnya di Makkah. Hingga datanglah arahan Nabi memanggil Abu Bashir pulang ke Madinah.

“Marahkah Rasulullah kepadaku??” Itu mula-mula dia tanya kepada utusan Nabi yang datang menemuinya
Waktu itu dia dalam keadaan tenat kerana luka-lukanya dalam pertempuran.

“Tidak
Bahkan beliau harap engkau cepat-cepat pulang ke Madinah.” Jawab utusan Nabi.

“Rasulullah tak marah.. barulah rasa lega.”Katanya. “Sampaikan salamku pada beliau!” Diapun wafat di hadapan utusan itu.
(Sila rujuk Tafsir Al-Azhar juzuk 26 Surah ke 48 Al-Fat’h oleh Prof Dr HAMKA dan kitab-kirab sirah lain
)

Persoalannya, samakah strategi perjuangan Abu Bashir ini dengan perjuangan Osama Laden dalam menentang musuh-musuh Allah masa kini? Bolehkah diterapkan strategi politik ini dalam politik pilihan raya di Malaysia? Marilah sama-sama buka minda kita


Wednesday, December 12, 2007

Aku Tanpa Cinta MU

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Monday, December 10, 2007

Perkecil solat, Iman Binasa

GERABAK kehidupan kita akan terbabas tanpa rel. Syariat agama dalam kehidupan ibarat rel kepada kereta api dan tanpanya kereta api tidak akan sampai ke destinasi.

Tuhan mengurniakan kepada umat manusia landasan atau rel hidup yang kukuh iaitu al-Quran dan sunnah. Ia dua pusaka penting yang ditinggalkan nabi kepada umat Islam. Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.


Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku."

Untuk berada di rel atau landasan hidup yang betul, kita perlu kepada ilmu dan menjadi individu celik syariat, tahu apa suruhan dan larangan Allah, kenal apa itu ibadat, prihatin apa yang terbaik dan utama bagi seorang Muslim dalam kehidupan.

Dalam surah Thoha ayat 123 Allah berfirman, maksudnya: "Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."

Untuk berjaya dan cemerlang, umat Islam perlu beribadat, malah dalam perancangan hidup, ibadat yang perlu diberikan keutamaan.

Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia. Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya.

Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam ialah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.

Ibadat solat adalah ibarat "tiang" dalam Islam. Sehingga di dalam peperangan pun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan selagi itu mesti solat.

Mengerjakan solat dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring.

Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring. Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati. Jika tidak dapat juga, sudahlah! Mari kita yang mengerjakan solat pada dia. Matilah tu dan solat itu namanya solat jenazahlah.

Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa memperkecilkan solat. Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah sosial. Gejala dadah, arak, persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa, ponteng sekolah, kes bunuh yang menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan kereta, "free sex" dan seribu satu macam masalah sosial.

Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau batal. Tidak masuk lagi soal khusyuk. Mengenai bacaan dan tajwid semuanya itu memberi erti solat yang tidak sempurna. Apabila solat tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai.

Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka yang mensia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menjadi sesat."

Abdullah bin Abbas menyatakan maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan daripada waktunya.

Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”

Imam Abu Aaliayah berkata: "Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat, manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).

Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat. Malah, ada yang minta diusungkan ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.

Justeru itu, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.

Sunday, December 9, 2007

Hadith 7



عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا


Daripada Abdullah Bin Amr Bin 'Ash r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama' , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."


Riwayat Muslim.

Hadith 6



عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيكَرِبَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ يَغْفِرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دُفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ وَيُرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَيَأْمَنُ مِنْ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيُحَلَّى حُلَّةَ الْإِيمَانِ وَيُزَوَّجُ مِنْ الْحُورِ الْعِينِ وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ





Ibnu Majah meriwayatkan daripada al-Miqdam bin Ma'di Kariba r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Syahid di sisi ALLAH mempunyai lima perkara: Ia diberi keampunan pada permulaan pancaran darahnya, ia melihat tempat tinggalnya dari bahagian Syurga, ia diselamatkan dari azab kubur, ia selamat dari kejutan maha besar (Qiamat), ia dipakaikan dengan pakaian iman, ia dikahwinkan dengan bidadari dan diterima pemberian Sya'faatnya pada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya."


Sunan Ibnu Majah.

Saturday, December 8, 2007

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya) - Surah Ali Imran : 186

Hadith 5



عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَةٌ فَمَنْ تَرَكَ مَا شُبِّهَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ كَانَ لِمَا اسْتَبَانَ أَتْرَكَ وَمَنْ اجْتَرَأَ عَلَى مَا يَشُكُّ فِيهِ مِنْ الْإِثْمِ أَوْشَكَ أَنْ يُوَاقِعَ مَا اسْتَبَانَ وَالْمَعَاصِي حِمَى اللَّهِ مَنْ يَرْتَعْ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ


Dari Nu'man Bin Basyir r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: " Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhawatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya.

Segala macam maksiat adalah larangan ALLAH. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan ALLAH, dikhawatirkan ia akan jatuh ke dalamnya."

Riwayat Bukhari.

Hadith 4



النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تُوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ


Dari Nu'man Bin Basyir r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya, seringan ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seorang yang di bagian bawah kedua kakinya diletakkan dua buah bara api yang dengannya itu dapat mendidihlah otaknya. Orang itu tidak meyakinkan bahawa ada orang lain yang lebih sangat siksanya daripada dirinya sendiri - jadi ia mengira bahawa dirinya itulah yang mendapat siksa yang terberat, padahal orang itulah yang teringan sekali seksanya."

Muttafaq 'Alaih.

Friday, December 7, 2007

Hadith 3



عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا


Muslim dan At-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawasanya akan ada imam-imam yang akan memerintah kamu, kamu mengenali dan kamu mengingkari. Maka barangsiapa mengingkari sesungguhnya ia telah selamat, barangsiapa yang membenci sesungguhnya ia telah berjaya, tetapi orang yang meredhai dan mengikuti? Rasulullah s.a.w. ditanya: Ya Rasulullah! Bolehkah kami memerangi mereka? Beliau bersabda: Tidak! Selama mereka mengerjakan solat."

Shohih Muslim dan Sunnan At-Tirmidzi
"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya) - Surah Ali Imran : 186

"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mu'min dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) - Surah Ali imran:179

Memang akan kedapatan di kalangan manusia yang mendakwa diri mereka adalah golongan orang-orang Mukminin, memakai pakaian orang Mukmin, bercakap sebagai orang Mukmin, tetapi apabila ditimpa sesuatu cubaan, bala, godaan dalam menjalani agamaNya maka lemah segala kekuatannya, terurailah ikatannya dan cuba melepaskan diri daripada perkara-perkara yang dilakukannya sebelum ini.

Rujukan - Keindahan Sabar - Dr Yusof al Qardhawi
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Thursday, December 6, 2007

Hadith 2



عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ


Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu'az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): " Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya."

Hadith Shohih Sunan Ibnu Majah.

Tuesday, December 4, 2007

Hadith 1



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululullah s.a.w. bersabda: Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkanseribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga hitam gelap bagaikan malam yang gelap kelam.

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering airmatanya, dan ketika ditanya jawabnya, :"Andaikata ALLAH mengancam akan memenjarakan aku bila berdosa dalam kamar mandi selama seribu tahun, nescaya sudah selayaknya airmata ku tidak berhenti maka bagaimana kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka selama tiga ribu tahun."

SUmber: Tanbihul Ghafilin

Monday, December 3, 2007

Osama Bin Laden Mujahid Tunggal Di Zaman Ini Yang Meninggalkan Kemewahan Dunia Kerana Allah

Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tidak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan harta berjuta-juta? Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Dan tidor diatas tanah dengan mereka. Padahal beliau mampu hidup dikelilingi kemewahan, dalam istana, bersama wanita-wanita cantik dan mampu menghawini gadis-gadis sunti yang perawan dan menawan. Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali itu... Untuk siapakah mati kita? Dan ramai orang Islam termasuk cerdik pandai Islam sendiri termakan fitnah yang ditabur oleh barat dan Amerika, dengan mengambarkan beliau sebagai pengganas dan penganjur meletupkan diri, walhal falsafah dan perjuangan beliau adalah berteraskan Islam dengan mendokong pembelaan terhadap Islam dan pembebasan bumi Islam dari penjajah. Prinsip perjuangan beliau tidak pernah menganjurkan pengoboman berani mati dengan mensasarkan orang-orang awam Islam... tetapi sasaran adalah askar dan tentera penjajah dan tentera pro penjajah... Semoga Allah menjauhi kita dari sifat keji dan munafik dengan terpengaruh dengan dakyah musuh Islam lalu menghina dan mempersendakan pejuang agung ini...

KETIKA Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Laden berhijrah dari Yaman dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur Tengah, Bin Laden Corporation. Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah. Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam
kepada beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan.

Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20.

"Di dalam agama kita terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."

Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Sovier. Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan.

Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.

Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walau bagaimanpun Osama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t.

"Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan.

"Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab.
Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Laden." Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah
dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan.

Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikuti beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana.

Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia, Yaman, Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiyai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia.

Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, "Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka," dan beliau akan mendapat cek tersebut serta merta.

Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak.

Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama, dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama dengan bantuan Allah s.w.t yang telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengar kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi Arabia-bumi tanah haram" - Osama bin Laden.

Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali itu...Untuk siapakah mati kita?

Dan sehingga hari ini Osama terus berjuang untuk Islam dengan misi terkini mahu mengusir tentera NATO dan US dari Afghanistan dan tentera penjajah dari Iraq. Perjuangan tetap diteruskan. Mati syahid tetap beliau rindui.

Marilah kita panjatkan doa semoga perjuangan Osama Ladin ra.h beroleh kejayaan dan beliau akan mati dengan syhid yang sentiasa dirindui. Dan marilah kita sama-sama menangis, kerana kita tidak mampu mengorbankan kekayaan sepertinya dan berjuang untuk Islam sepertinya!!!

Tiada jutawan di zaman ini yang sanggup miskin di dunia kerana Islam, kecuali Osama..