Wednesday, February 8, 2012

KISAH LANGIT DAN BUMI

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.
berkata dia kepada langit,


"hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam tanaman, beberapa gunung dan lain-lain"
berkata langit,

"hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku,"
berkata bumi,

"hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)
Bumi berkata lagi,

"hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekali alam, seutama-utamnya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. dan dia menjalankan syari'atnya juga ditempaku."
langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian, langit mendiamkan diri dan dia menghadap Allah SWT dengan berkata,

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yg tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga"

lalu Allah SWT mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab,

"Jangalah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail A.S berkata,
"Ya Allah, apakah kiamat telah sampai??" Allah SWT berfirman, maksudnya,

"tidak, wahai Jibrail. tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

kemudian Jibrail AS pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Dia antara 40,000 buraq itu, Jibrail AS terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S menghampiri buraq itu lalu bertanya,

"mengapa engkau menangis, ya buraq??" Berkata buraq,

"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. aku laksana dibakar oleh api kerinduan". Berkata Jibrail AS,.

"aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

kemudian Jibrail A.S memakaikan pelana dan kenang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj. Kemudian Jibrail a.s memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail a.s itu menendang-nendangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail a.s memegangnya dan berkata,

"Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah (SWT)". Mendengar perkataan Jibrail a.s itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan malu-malu dan tidak lagi resah. Nabi S.A.W pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi S.A.W.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad S.A.W memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail a.s mendampingi nabi S.A.W di sebelah kanan baginda S.A.W manakala Israfil di sebelah kiri

Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Thursday, December 15, 2011

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Ibnu Qayyim pernah berkata:

1- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah Subhanahu Wa Taala.

2- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.

3- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah Subhanahu Wa Taala.

4- Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6- Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7- Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8- Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Wassalam

Nabi s.a.w bersabda :

"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya,
dan beramallah kamu untuk Akhiratmu,seolah-olah kamu akan mati besok"

Wallaualam.. sama-sama fikirkan.

Sunday, October 10, 2010

Allah ....

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..

ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..

ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..

ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil..

ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..

ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..


Hidup ini indah jika kita dapat merasai kebersertaan Allah dengan kita...

Renungan Hari ini

‎1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya - muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf - diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). - Sohih Bukhari dan muslim

Monday, August 30, 2010

Kisah - kelebihan solat 2 rakaat

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: " Setelah Allah S.A.W selesai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat.

Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya sendiri dan berkata: " Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku".
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Tidak". Kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T pun berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai , namanya " Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.Maka demi kemuliaanKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih suka dari solatmu.Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu'. Kemudian Jibrail A.S. berkata: " Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?" Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Ya Jibrail, akan Aku memberikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal".

Kemudian Jibrail A.S. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail A.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayap dan terbang, setipa kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat Jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud : " Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya , atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: " Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan".