Thursday, November 27, 2008

Si Penjual Tempe

Moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.  Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agarkacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu  menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan 
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai  di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat

Lawak Semata.. Tiada berkaintan Yang Hidup Atau Yang Mati

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

 

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" Tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

 

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah

insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

 

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain

buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

 

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

 

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar.

Saturday, November 22, 2008

Untungnya Poligami

Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia. Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur, misalnya kaum asli atau Aborigin. Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua suami berkhidmat kepada isteri tersebut. Ia mirip kepada sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya. 

Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami. 

Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya, berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak, tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar. 

Poligami jadi ‘buruk’ kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara sebagaimana sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis, inilah kesempatan untuk mereka menekan, mencemuh serta menghinakannya. 

Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah kaum wanita Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku adil dan sebagainya. Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang. Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun bekas yang dibawa, diisi penuh dengan air laut tidak akan habis malahan sedikit pun tidak akan luak atau kurang. Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan sayang. Kalau ada empat isteri yang semuanya solehah dan berakhlak, keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil, jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan sayang walaupun dia seorang sahaja isterinya. Kasih sayang bukan benda yang dikongsi-kongsi. Masing-masing boleh ambil mengikut hak masing-masing tertakluk kepada syarat sama ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi kasih sayang ataupun tidak. 

Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak bermaksud pembahagian sama rata. Kalau seorang suami mempunyai ramai isteri dan setiap isterinya diberi nafkah mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama. Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya ialah kerana mereka mahu membolot kesemua harta dan wang suami untuk diri mereka seorang sahaja dan tidak mahu berkongsi harta dan wang suami dengan orang lain. Kalau inilah sebab yang sebenarnya, maka jangan gunakan alasan adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut dengan keadilan. 

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat semulajadinya polygamous atau suka pada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia boleh cepat meramaikan zuriat. Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan gembira malahan megah melihat umatnya ramai. 

Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur. Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang berkeinginan tinggi. 

Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai asam pedas semula. Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi “Variety is the spice of life”. Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain. Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka. Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan. 

Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami. Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke, buat parti ‘tupperware’ ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing. Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana itulah masa pun untuk bersama. Semasa bukan giliran, isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak bermadu. 

Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung di dalam masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya dalam hal ehwal dan kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ini kerana di kalangan para isteri, ada yang layak dan berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan pertubuhan-pertubuhan wanita. Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabai. 

Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan pertubuhan-pertubuhan wanita dan memajukan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar isteri yang mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan untung. 
Wanita Barat sibuk dengan ‘Women’s Liberation’ tetapi apa pun tidak berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar wanita Islam sibuk melagangkan poligami dan pada waktu yang sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan. 

Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu berpoligami.Kerana bila seorang lelaki berkahwin, dia hanya selesai satu masalah tetapi dalam masa yang sama dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu masalah sahaja. Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin, ertinya dia itu berani kerana dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih, 2, 3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan lasak dan sanggup menanggung risiko. 

Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami ini kita dapat membangunkan berbagai kekuatan. Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami, tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan dengan kerenah para isteri, berhadapan dengan tanggungjawab dan sebagainya.Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri.Hendak balik ke rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila berpoligami,suami sudah tidak bebas lagi. Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi. 

Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang boleh menguatkan kita. 

Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam kerenah isteri. Suami akan terlatih bagaimana hendak bersaikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spiritual. Hati dan perasaan kita akan tercanai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizikal,hati dan nafsu kita. 

Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan penggunaan masa, kewangan dan sebagainya di antara isteri-isteri dan anak-anak kita. Kita akan pandai mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal, emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang akan memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita abaikan ketika kita beristeri satu. Kita hanya “take for granted”. Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di dalam fikiran dan hati kita. 

Kita bertambah sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan isteri-isteri kita. Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri. 

Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir habis-habis sebelum kita memperkatakan sesuatu, lebih-lebih lagi sebelum kita berbuat sesuatu. Ini kerana risiko bertindak secara semberono dan melulu mempunyai kesan yang lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami. Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam monogami,kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu lebih mudah boleh diterima atau diambil ringan. 

Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan. Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya.Disiplin perlu dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan. 

Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan. Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan.Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan. 

Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi `dakbus solihin’ atau tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu. Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam poligami. 

Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai kekuatan. Bukan sahaja bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami dan bermadu. 

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berlegar di sekitar suami mereka sahaja. Apa-apa pun “husband I”. “Husband I” inilah. “Husband I” itulah. ‘Husband’ mereka sudah jadi matlamat, bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan. Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami mereka lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri. Apa-apa pun suami, bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu, mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan hak mereka seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang. 

Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati, sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik. Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-sifat mazmumah itu ialah dosadosa batin. Isteri itu sendiri tidak akan bertaubat dari dosadosa tersebut kerana dia pun tidak tahu dan tidak sedar. 

Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami.Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah. Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya.Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT.

Tuesday, November 18, 2008

Tips Pemanduan berhemah (18SX)

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.
Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral.
Bimbingan Islam itu antara lain adalah:
Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin.
Dari hadi riwayat Abu Daud telah disebutkan dan bererti:
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliua menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.
b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaiman tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.
c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih sayang. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.
d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan.
e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih saying seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.
f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.
g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali.
Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya.
Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud:
“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”.
Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?
Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan.
Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang bisa membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki bisa tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang oleh agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri.
Firman Allah Taala:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)
Lagi firman Allah Taala:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.
(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)
“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.
(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu perlihatkan pahamu, dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan jangan pula paha orang mati”.
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.
Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:
“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.
Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata.
Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.
Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan.
Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.
Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.
Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati bukan buta mata yang sesungguhnya.
Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksukan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya

Saturday, November 15, 2008

Cemburu

Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak dibendung. Byk gak jenis cemburu... ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita ckp pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg mana buruk.

Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.

8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.

9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.

11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..

1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?

7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.

10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.

4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.

5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

Monday, November 10, 2008

Suami, Isteri dan Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah diorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari., tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

Punyalah terkejut beruk, dia masuk je bilik tu dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. . Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Tuesday, November 4, 2008

Tanggungjawab Bapa Keatas Kelahiran Anaknya

1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta.

Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu. 2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah - Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasyaat Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu.

Pemilihan nama yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) - Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.
Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.

Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama> -nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang> boleh memalukannya.

5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. -
Hikmah dan kelebihan berkhatan
a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan

L. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Bahaya Kopi Kepada Wanita

Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada.

Monday, November 3, 2008

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Wajib dibaca oleh kaum lelaki...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya :
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah
utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk
pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan
isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan
syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di
'taman' neraka sana .)


3. Kakak Laki" nya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga
amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an
diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan
tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung
jawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan
dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak,
kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) ............ .........
......... . .........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/kakak atau anak harus memainkan
peranan mereka.


Firman Allah S.W.T
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka
dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Saturday, November 1, 2008

1 TAMPARAN untuk 3 PERTANYAAN

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke
tanah
air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang
guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya..
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau sya ita n diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat sya ita n. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...k ita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan d ita mpar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun sya ita n dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
yang
menyakitkan untuk sya ita n.

SYUKUR-Tuhan Cinta Agung

SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah.

'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152.

Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.

Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan).

Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.

Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah.
Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya.

'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'.

Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.

Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'.

Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam.


Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.
Melalui kuasa, pangkat dan kedudukan pula dengan memberi khidmat yang terbaik. Syukur melalui hati pula adalah dengan cara mengakui dan menyedari dalam hati apa yang diperoleh daripada anugerah Allah.

Firman Allah: 'Tuhan mu lebih tahu apa yang ada dalam jiwa, jika kamu orang yang baik. Sesungguhnya dia Pengampun bagi orang yang bertaubat' - surah al-Isra'-25. Syukur dalam bentuk lisan adalah melalui ucapan seperti sentiasa melafazkan zikir seperti ucapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Oleh itu, cernakan selalu budaya syukur dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa apa yang kita peroleh hanya sementara dan sebagai ujian untuk melihat sejauh manakah kita dapat menzahirkan rasa ketakwaan yang tinggi terhadap Allah.