Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
[25.47] Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam
untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur
untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk
keluar mencari rezeki.
[25.48] Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin
sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya,
dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih
suci,
[25.49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi
yang mati, serta memberi minum air itu kepada
sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya
binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.
[25.50] Dan demi sesungguhnya! Kami telah
berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di
antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka
berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada
itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku
kufur.
[25.51] Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami
utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul
pemberi amaran.
[25.52] Oleh itu, janganlah engkau (Wahai
Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan
berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi
mereka dengan perjuangan yang besar dan
bersungguh-sungguh.
SodaqAllahul3adzim
ANTARA MAWI, SOPHIA, ADI PUTRA DAN NOR AMIRA
U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebanyakan ulama mempertikaikan status halalnya.. dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat... namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan.. . tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti". .. .sukar untuk menjawabnya. Nun diDengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! Anda adalah 'musuh bangsa dan negara' ini..
Apa pandangan anda?...
No comments:
Post a Comment