Wednesday, February 6, 2008

Pilihanraya: Apalah Ertinya Sebuah Pembangunan Jika Semua Tergadai !!

 Bagai telah dijangka, maka selepas TPM Najib Razak kini Pak Lah pula memulakan langkah untuk menyerang Kelantan. Sekali lagi atas nama pembangunan pemimpin UMNO/BN menyeru supaya rakyat Kelantan memberi undi kepada parti haprak itu. Kononnya pembangunan lebih mudah dilaksanakan seandainya kerajaan negeri dan pusat berada dibawah satu bumbung. Sekali lagi berbagai projek pembangunan dicanangkan untuk dibawa ke negeri Kelantan seandainya mereka diberi mandat untuk mentadbir negeri itu selepas piliharaya umum ke-12 nanti.

Maka terbuktilah Pak Lah bukanlah manusia yang mempunyai prinsip dan berpegang pada janjinya. Sebelum ini kita telah melihat ketika beliau hadir ke majlis pelancaran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER), kononnya projek tersebut adalah bukan bertujuan untuk kepentingan politik. Alkisah, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz telah dijemput untuk memberikan ucapan aluan selaku tuan rumah. Berita tersebut menggemparkan seluruh negara, biarpun ucapan TG Nik Aziz itu tidak disiarkan secara langsung oleh media arus perdana. TG Nik Aziz, antara lain menucapkan tahniah atas sikap keterbukaan kerajaan dalam usaha menjalinkan usahasam ke arah pembangunan negeri Kelantan. Dalam sinisnya, TG Nik Aziz ada melahirkan kekecewaan lantaran selama pemerintahannya di Kelantan, pihak kerajaan pusat sering membelakangkannya dalam apa jua program atau projek pembangunan yang dilaksanakan di Kelantan. Biarpun program tersebut diberi kelulusan oleh kerajaan negeri sendiri. Bak kata TG Nik Aziz, "Jika nak masuk rumah pun, berilah salam dulu kepada tuan rumah". Itulah adat orang Islam dan Melayu kita sejak turun temurun. Ia secara tidak langsung memberi gambaran betapa biadapnya pemimpin UMNO/BN negeri yang langsung tidak mempelawa beliau dalam setiap kali prgram yang melibatkan pemimin pusat hadir ke Kelantan.


Justeru itulah, tatkala diundang ke pelancaran ECER TG Nik Aziz mengambarkan sesuatu yang berbeza telah berlaku. Begitu juga dengan orang ramai terutamanya rakyat di negeri Kelantan sendiri. Tetapi tidak bagi Cucu, kerana semua itu adalah gimik semata-mata untuk memancing undi dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Bukti jelas, dalam program bersama rakyat yang dihadiri oleh Pak Lah di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini mereka seali lagi masuk ke rumah tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Mengapakah ini berlaku? Bukankah semua ini kerana kuasa dan kerakusan para pemimpin UMNO/BN negeri untuk merampas semula Kelantan daripada pemerintahan PAS.

Sekali lagi Cucu ingin mempersoalkan, apakah Kelantan tidak membangun dan maju dibawah pentadbiran PAS?. Bagi Cucu, jika dibandingkan keunikan bandar Kota Bharu dengan Kuantan di negeri Cucu. Sesungguhnya, Kota Bharu lebih membangun sebenarnya. Pembangunan yang diasaskan selaras dengan tuntutan Islam jelas dapat dilihat di Kota Bharu.


Di Kuantan, biarpun bandar ini membangun pesat. Namun hingga kini isitilah "Kuantan Hatyai Pantai Timur" masing terngiang-ngiang di kepala Cucu. Maksiat berleluasa disana sini. Pusat-pusat hiburan seperti Disko, Pub, Kelab Malam, Pusat Karaoke, Dangdut, Rumah Urut, Kedai Ekor Magnum dan Sport Toto dilihat penyubur kepada aktiviti maksiat di bandar ini. Jika kita pergi ke Jalan Wong Ah Jang, pasti kita akan dapat melihat begitu ramai orang Melayu yang berpeleseran dan minum arak bebas disana-sini, bahkan yang lebih menyedihkan terdapat sebahagian besar daripada mereka adalah golongan tua dan veteran yang sudah menanti hari kematian "Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari". Mereka ini langsung tidak mencerminkan imej sebagai orang Islam. Semua ini jelas dapat dilihat dengan nyata tanpa ada apa-apa sekatan.


Dari segi pemilikan harta di bandar pula, jelas kita dapat melihat dimonopoli oleh kaum Cina. Orang Melayu hanya memiliki tidak sampai pun 20% pemilikan tanah dan rumah kedai di bandar ini. Akibat faktor kewangan maka, kebanyakan orang Melayu disini hanya layak berniaga di gerai-gerai makan sahaja. Sebaliknya gedung-gedung besar dan mewah dimiliki oleh kaum lain. Apakah ini yang kita mahukan. Pembangunan telah meminggirkan bangsa Melayu itu sendiri. Orang UMNO/BN mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memkirkan masa depan anak bangsa sendiri. Slogan "Tradisi Membela Rakyat" hanyalah gimik pilihanraya semata-mata. Sebaliknya rakyat dan bangsa Melayu terus mengemis dan tertindas di bumi sendiri. Apakah pembangunan seperti ini yang diimpikan oleh kita semua?


Cucu berbangga pabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Tatkala singgah di bandar Kota Bharu terlihat premis-premis mewah banyak dimiliki oleh orang-orang Melayu. Kedai-kedai kereta mewah dan terpakai, kedai buku, kedai tayar, pasaraya kedai emas dan sebagainya banyak yang dimiliki oleh orang-orang Melayu. Terasa bangga biarpun ianya bukan milik Cucu, ini tidak berlaku di tempat Cucu bahkan juga di bandar-bandar utama di seluruh negara melainkan Bandar Jengka kini Bandar Tun Razak Jengka (100% peniaga Melayu). Apakah kita mahu gadaikan semua ini kepada UMNO/BN sama seperti mereka menggadaikan tanah dan harta nenek moyang kita. Sama-samalah kita fkirkan.

Apakah Kelantan tidak membangun? Sedangkan negeri itu sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancongan rakyat Malaysia dan luar negara. Destinasi membeli belah seperti Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubur, Rantau Panjang dan sebagainya menjadi destinasi popular. Apa yang lebih membanggakan majoriti usahawan yang menjalakan aktiviti perniagaan disitu adalah bangsa Melayu. Di Kuantan, tepat Cucu mana ada destinasi seperti itu. Syurga membeli belah langsung tiada untuk menarik perhatian pelancong. Destinasi "One Stop Centre" yang terdapat disini pun kurang popular, iaitu sebuah arked atau bazar yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Terbaru, kita disajikan pula dengan konsep perniagaan larut malam yang popular dengan nama "Uptown". Di Kuantan, yang kononnya membangun sangat konsep Uptown ini gagal menarik pengunjung langsung. Sebelum ini diadakan di pinggir Stadium Darul Makmur, namun selang beberapa bulan ditutup. Kini satu lagi Uptown dibuka di Lorong Tun Ismail, Kuantan yang juga menanti hari untuk dikapankan akibat kekurangan sambutan dikalangan warga Kuantan. Ini jelas menunjukkan kepada kita kuasa beli orang Kuantan masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Ini juga jauh berbeza dengan Uptown yang terdapat di Kota Bharu. Kabarnya kehebatannya juga hampir menyamai Uptown di Kuala Lumpur. Bukankah ini menunjukkan orang Kelantan lebih maju dan membangun sebenarnya.

Terbaru, rangkaian pasaraya besar Mydin's Wholesale Emporium bakal membina sebuah pasaraya besar yang paling luas di Malaysia yang letaknya di Kota Bharu Kelantan. Sebelum ini kita mendengar rangkaian pasaraya besar TESCO ingin membina premis mereka yang pertama di pantai timur dimana Kota Bharu tetap menjadi lokasi pilihan. Bukankah ini jelas menunjukkan mereka yakin dengan potensi pelanggan dan pembangunan di negeri Kelantan sebenarnya. Mengapaka puak-puak UMNO/BN ini masih mengatakan yang Kelantan tidak maju?. Walhal para usahawan korporat memilih Kelantan sebagai destinasi mereka untuk membuat pelaburan. Ini belum lagi termasuk syarikat penerbangan tambang murah negara iaitu AIRASIA yang turut menjadikan Kelantan destinasi persingahan mereka. Kenapa Kuantan tidak dipilih? Ini kerana mereka tahu, Kuantan bukanlah pusat tumpuan para pelancong sebenarnya.

Sebaliknya Pahang negeri Cucu ini hanya berbangga dengan destinasi pelanconan yang penuh maksiat dan bala seperti Genting Hihglands, Club Med Cherating, Pulau Tioman, Cameron Hihglands, Bukit Fraser yang kesemuanya kita tahu adalah lokasi pilihan untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti maksiat sebenarnya. Apakah ini yang kita mahukan dalam soal pembangunan ini?. Inilah yang harus kita fikirkan sebenarnya. Jangan hanya mendabik dada ingin membawa pembangunan. Bahkan apa yang paling menyedihkan ialah belanjawan negeri Pahang sering mengalami defisit seiap tahun. Kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat setiap tahun. Bukankan ini bukti bahawa sistem pentadbiran dan manusia yang tidak amanah melaksanakan tanggungjawab menyebabkan negara bakal tergadai. Akhirnya terpaksalah bergantung kepada beberapa kerat individu bagi menampung segala kelemahan.

Lantaran itulah di Pahang nama-nama seperti Tengku Wong dan mendiang Lim Goh Tong banyak dikaitkan dalam melaksanakan serta mencaturkan pembangunan dan pentadbiran negeri ini. Kerajaan negeri banyak meminta bantuan dua tokoh terbabi tatkala menanggung hutang dan ingin membayar gaji kakitangan awam di negeri ini, yang mana akhirnya kawasan balak digadaikan dan dipajakkan kepada mereka saban tahun. Justeru itulah kita hairan, negeri Pahang kaya dengan balak tetapi sering mengalami hutang dan defisit setiap tahun.

Inilah bukti jelas jika pembangunan yang dirancang tanpa mengikut lunas-lunas Islam bakal menemui kegagalan dan kehancuran. Ini belum lai termasuk kehancuran bangsa itu sendiri. Gejala sosial yang semakin parah melanda anak-anak muda kita. Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya. Maka itu, apalah guna kerajaan pimpinan Pak Lah melaung-laungkan sangat kononnya Islam Hadhari berjaya membentuk modal insan. Kononnya Islam Hadhari berasaskan paksi keimanan dan ketakwaan walhal semuanya itu adalah pembohongan yang nyata dan jelas. Mereka berjaya menipu rakyat supaya membenci Islam sebenar. Mereka memesongnya minda dan fikiran rakyat. Kesalahan mereka ini adalah besar dosanya sebenarnya. Mereka telah ditipu oleh diri mereka sendiri. Islam hanya menjadi alat dan perkakas untuk kepentingan hawa nafsu dan meneruskan kekuasaan. Maka itu, kini adalah menjadi satu tangungjawab kita untuk menjatuhkan kerajaa yang haprak seperti ini. Masa depan agama, bangsa dan negara akan punah jika puak-puak ini dibiarkan terus berkuasa.

Kepada seluruh rakyat Kelantan, berdoa dan berkorbanlah demi mempertahankan kedaulatan Islam di neger itu. Mereka hanya merancang, tetepi ingatlah perancangan Allah adalah yang paling utama. Mungkin mereka boleh menggunakan apa saja kekuatan yang ada dalam usaha merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan PAS. Namun sedarlah berkat doa alim ulamak Isya Allah kita berharap agar semua ini bakal dipatahkan dan Kelantan terus berada dibawah kepimpinan ulamak di Kelantan. Cucu juga berharap agar di negeri Pahang juga , gelombang kebangkitan ini akan terus terlaksana. Biar lebih banyak kerusi jatuh ketangan pembangkang supaya ada "Check N Balance" dalam mereka melaksanakan sesuatu tindakan. Jika tidak, maka negeri Cucu ini juga akan terus tergadai suatu hari nanti.

No comments: