Thursday, May 29, 2008

Tafsir al-Maidah ayat 82: Ada paderi peluk Islam

Dan di kalangan orang Yahudi juga, yang menyihirkan Nabi s.a.w. Ertinya, mereka menggunakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi s.a.w. termasuk melalui peperangan dan perancangan jahat yang lain termasuk sihir dan meracun Nabi s.a.w.

Golongan yang kedua adalah musyrikin termasuk penyembah berhala, penyembah api, penyembah bintang dan seumpamanya, merupakan golongan yang paling bermusuh dengan orang Islam.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan demi sesungguhnya engkau dapati juga (wahai Muhammad s.a.w.) mereka yang paling hampir kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Nasara (Kristian), sebabnya mereka itu terdiri daripada kalangan orang alim dan ahli ibadat dan mereka itu tidak sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Di kalangan mereka terdiri daripada orang alim yang benar, bukan orang alim yang menyeleweng.

Diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya dari Urwah bin Az-Zubair bahawa orang-orang alim Kristian telah meminda Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Yang bertanggungjawab meminda Injil ini terdiri daripada empat orang termasuk Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius.

Bahkan Injil dipinda sehingga menjadi beratus-ratus kitab. Ini menandakan bahawa kitab Allah itu telah diubah. Yang pertama menyeleweng isi kandungan Injil adalah seorang yang bernama Shaul yang mendakwa mendapat ilham daripada Allah dan Nabi Isa a.s.

Kemudian mereka yang menyeleweng ini berhijrah ke Eropah. Ketika itu benua Eropah dikuasai oleh Rom (Kerajaan Romawi).

Mereka berjaya mengkristiankan Raja Rom yang ketika itu menganut agama keberhalaan sesuai dengan Kristian yang menyembah Solib yang telah dipinda dan diubah itu.

Dengan perintah Raja Rom, dianjurkan satu persidangan Kristian antarabangsa, yang diadakan di sebuah pulau di Laut Mediterranean.

Dalam persidangan itu mereka mengambil keputusan mengiktiraf empat Injil sahaja iaitu Injil yang dikarang oleh Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius.

Manakala yang lain diharamkan. Antara yang diharamkan adalah Injil Barnaba di mana Injil ini lebih hampir dengan Injil yang sebenar yang menyatakan Nabi Isa itu adalah Rasulullah dan hamba-Nya.

Injil ini telah dicuri dari perpustakaan Gereja Vatican, Pusat Kristian Roman Katolik terbesar di dunia yang terletak di Itali.

Seorang pekerja di gereja besar ini telah melihat di kalangan buku-buku lama yang disimpan itu, sebuah Injil bernama Barnaba lalu membacanya dan kemudian melarikan diri dari Vatican bersama Injil berkenaan.

Injil ini kemudian dibeli salah seorang Putera Mahkota Austria dan disimpan dalam Muzium Vienna sehingga sekarang dan ia juga telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan orang Kristian menganggap Injil itu sebagai kitab lama bukan mengambil pengajaran daripada apa yang terkandung di dalamnya.

Injil ini menyatakan bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah, nabi akhir zaman yang akan zahir dan inilah yang diberitahu oleh Nabi Isa a.s.

Paderi-paderi Kristian mengetahui hakikat ini. Justeru ada di antara mereka, apabila dibaca al-Quran mereka masuk Islam.

Kerana mereka mengetahui benarnya apa yang ada di dalam al-Quran. Salah seorang daripadanya adalah paderi di Mesir, apabila mendengar Surah at-Tin, dia memeluk Islam.

Surah itu bermula dengan firman Allah yang bermaksud, "Demi buah Tin dan Zaitun, Demi gunung Turi Saina' dan negeri yang Aman ini (Makkah)." (Surah at-Tin: 1-3)

Buah Tin dan Zaitun digambar sebagai negeri Palestin sebagai tempat tumbuhnya pokok-pokok tersebut, sekali gus sebagai tempat lahirnya Nabi Isa a.s.

Sementara Gunung Saina' yang terletak di Semenanjung Sinai, merupakan tempat bermunajat Nabi Musa a.s. manakala Makkah adalah negeri tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., menujukkan hubungan ketiga-tiga orang rasul ini.

Maka paderi yang mendengar ayat ini memeluk Islam kerana mengetahui benarnya Islam.

Bahkan ada di kalanagn paderi di Amerika Syarikat dan Eropah yang menasihatkan penganut mereka supaya jangan bermusuh dengan orang Islam kerana pengikut Nabi Muhammad s.a.w. juga adalah penganut agama Samawi.

Tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang bersikap sebaliknya. Sebenarnya orang Kristian sudah menyeleweng daripada Kristian. Dalam ajaran Kristian diharamkan berperang kerana di dalam kitab Injil (Bible), ada satu ayat yang bermaksud, "Barangsiapa menampar pipi kananmu, kamu surunglah mereka menampar pipi kirimu pula." - lanh

Friday, May 23, 2008

Alkisah tentang burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di mensyuarat mingguan di kampungnya.

Lelaki tua :

"Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk lelaki segera berdiri.
Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah:

"Bukan itu maksud saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah melihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih salah, maka dengan muka merah padam dia menyambung,


"Maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi dia cuba bertanya,

"Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya" salah burung..


Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi,

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri... dan seorang wanita yang lain... maka kali ini merah padam pula muka si isteri ..!

Lelaki itu pun cabut lari. Menyesal tanya...

Dari kejauhan si Maling tersenyum dan dalam hati berkata " Wuuuooo...O...
kamu ketahuannnn... "

Saturday, May 3, 2008

Kisah Babi dengan Kerbau

Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis
binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua
sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman
hutan...
Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat
agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis
muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak
lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..
5 minit kemudian……
Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke
kau..
Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian…
Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang
kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku…
Nie muke BABI..

al kisah 3 ekor kura2

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi
berkelah

bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa

minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya,

sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul

perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti
balik untuk

amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding
Kekura
III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku
nak sampai

sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai
engkau datang."

Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 3 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 1 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "3 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "5 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "1 minggu?"

Kura I & II: "Kita
orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "2 minggu?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau
pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II

menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.

Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I &
II

sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je
lah."

Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan
makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib
baik

aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan

ni kan?
kan?!!!"

Kisah Cinta Si Cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu tembok.. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan

terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan... . .. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

Thursday, May 1, 2008

Usia bumi



Assalamualaikum. ..
Mesti korang tkejut kan..neway, just bace dulu n evaluate it later....Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran.
Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066


b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....


c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam. ..


Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba.hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.


Wednesday, April 30, 2008

Hanya Ingin Mengingatkan ....



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ..)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:

1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda
. ATAU ....
2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah,redha
Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Wassalam.

Adakah Duit Segala????

Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR..

Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN..

Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN. .

Duit boleh beli INTAN PERMATA, tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA..

Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA..

Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tidak boleh beli PELAJARAN..

Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN. .

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBEBASAN..

Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN..

Duit boleh beli ORGAN TUBUH, tetapi tidak boleh beli NYAWA..

Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN..

Duit boleh beli hampir segala-galanya di dunia KECUALI MATI........

Sunday, February 24, 2008

Abd Rashid Othman memberikan anda sebuah cerita yang mungkin begitu berharga...

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4
bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,"
jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi
selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim
beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat
penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang
lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang
meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.


"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu
kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas
ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat. ?

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur
ku makan tanpa izinnya?"

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.
Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya
11 orang. ? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka
karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui
mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim
bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya
selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma
milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan
kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah
Sakhra.
Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu
terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak
gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia
telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma
itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali
dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda
sayangi forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke
tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan
bila ragu-ragu..."

Tazkirah.... .. Bila Bayi dilahirkan.. ..



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan :

" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab:

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi:

"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah walau satu ayat"

Monday, February 18, 2008

Hakikat Sebenar - 73,846 Marin AS Maut di Teluk!!!

Setakat 7hb September, 2007 angka rasmi kerajaan Amerika Syarikat (AS) tentang jumlah tenteranya yang mati dalam peperangan di Iraq hanyalah 3,777 orang. Namun, bangkai gajah sukar disorok.

Pada bulan Mei lalu, seorang celik komputer telah berjaya menafsir angka-angka dari pengkalan data Jabatan Hal Ehwal Veteran AS yang melapurkan hakikat berikut [1]:

Jumlah kematian tentera AS dalam Perang Teluk: 73,846

– Kematian di medan perang: 17,847

-- Kematian bukan di medan perang: 55,999

Turut dilaporkan kerajaan AS tidak mahu rakyatnya membandingkan jumlah kematian itu dengan jumlah 55,000 tenteranya yang mati semasa Perang Vietnam dulu. Untuk tujuan itu kerajaan AS hanya melabelkan “kematian medan perang” sebagai kematian yang berlaku sebelum helicopter penyelamat tiba di medan tempur.

Semua kematian yang berlaku setelah askar yang cedera dalam pertempuran dinaikkan ke helicopter penyelamat tidak dikira sebagai mati di medan tempur.

Begitulah bijaknya kerajaan AS menipu rakyatnya sendiri, semata-mata dengan menggunakan silap mata definasi teknikal. Namun, seperti yang pembaca semua yakini, kebijaksanaan setakat itu adalah tidak cukup untuk menipu Allah s.w.t.

Sama-samalah kita doakan kehancuran Amerika Syarikat -- kerajaan, tenteranya dan segala sekutunya di medan jihad Iraq.

Friday, February 15, 2008

Hizbollah isytihar perang



Pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah semalam mengisytiharkan perang terbuka terhadap Israel yang didakwa bertanggungjawab membunuh seorang komander pergerakan berkenaan.

"Sekiranya rejim Zionis mahukan peperangan mereka akan memperolehnya," katanya.

Beliau mengeluarkan amaran itu di majlis pengebumian seorang komander Hizbollah, Imad Mughnieh yang mati dibunuh dalam satu serangan bom di Syria pada Selasa lalu.

"Sekiranya Israel mahukan satu peperangan terbuka, satu peperangan terbuka kini dilancarkan," ujarnya. - AFP


Tak boleh melancong sebab ada janggut. Negara Bangang!!!

MICHEAL (kiri) bersama dari kiri, Ku Mohamad Fadlee, Syed Mohd. Azhar dan Ahmad Irfan memegang pasport masing-masing di Biro Pengaduan MCA di Jalan Ampang semalam.



KUALA LUMPUR - Siapa yang tidak gembira bila dapat bercuti ke luar negara apatah lagi percutian itu bersama rakan-rakan yang disenangi.

Mungkin waktu itu merupakan hari yang paling indah dalam hidup seseorang itu, tetapi tidak bagi tiga sekawan yang terpaksa berputih mata apabila hajat mereka terbantut di tengah jalan.

Ia berlaku selepas ketiga-tiga sekawan itu ditahan di Darwin, Australia kerana pihak berkuasa di negara itu tidak membenarkan mereka iaitu Ku Mohamad Fadlee Ku Hashim, 31, Syed Mohd. Azhar Syed Othman, 26, dan Ahmad Irfan Piee, 31, melancong di negara itu.

Alasan mereka ditahan pula 'pelik' iaitu kerana ketiga-tiga sekawan yang masing-masing bekerja sebagai penerbit buku, operator jentera dan peniaga makanan itu didakwa berkeadaan tidak terurus dan tidak kemas.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong berkata, peristiwa malang itu berlaku pada 7 Februari lalu semasa mereka berlepas ke Darwin melalui penerbangan transit di Changi, Singapura.

"Ketiga-tiga mereka memiliki Visa dan mereka merancang untuk bercuti selama dua minggu di negara Kanggaru tersebut,'' kata beliau kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila mendarat di negara tersebut pada keesokan harinya, pukul 2 pagi (waktu Australia) mereka terkejut kerana masing-masing tidak dibenarkan masuk ke negara itu oleh imigresen negara terbabit.

Katanya, apa yang membuatkan ketiga-tiga sahabat itu kebingungan ialah alasan pihak berkuasa di negara itu yang memaklumkan mereka tidak kemas termasuk memiliki janggut.

Mereka bagaimanapun dibenarkan menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra di negara itu bagi memaklumkan keadaan mereka di lapangan terbang itu.

"Disebabkan masalah-masalah itu, ketiga-tiga sahabat itu ditahan selama sehari di pusat tahanan sementara lapangan terbang di Darwin untuk menunggu penerbangan pulang semula ke Singapura semula pada 9 Februari,'' katanya lagi.

Bagaimanapun, menurut Michael, sepanjang mereka ditahan, ketiga-tiga sahabat itu dilayan dengan baik termasuk diberi makanan halal.

Tambahnya, setiap negara mempunyai sebab tersendiri untuk tidak membenarkan rakyat asing masuk ke negara mereka dan itulah merupakan nasib malang yang menimpa tiga sahabat malang itu.

Apesal Selalu Sangat Kes Hilang Anak Sejak Kebelakangan ni ??? Kenapa Agaknye??


GOMBAK: Misteri kehilangan Nurul Syaza Fadzil, 13, ketika pergi membeli nasi lemak berhampiran rumahnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini, seminggu lalu terungkai semalam.

Keluarganya menemui semula pelajar tingkatan dua itu yang dipercayai hampir dijual sebagai pelayan kelab malam.

Gadis terbabit mendakwa dikurung lebih 10 lelaki berusia belasan tahun menjangkau 20-an di sebuah pangsapuri di Jalan Kenanga, berhampiran Penjara Pudu, tanpa diberi makan selain dibelasah berikutan enggan menurut arahan supaya dia menghidu gam.

Ketika ditemui di rumahnya semalam, Syaza berkata, ketika kejadian dia berjumpa seorang rakan dikenali sebagai Ola, 13, yang mengajaknya ke kompleks beli-belah berhampiran untuk membeli baju.

“Saya enggan mengikutnya kerana tak pernah keluar bersendirian mahupun bersama rakan tanpa ditemani keluarga.

“Bagaimanapun, dia mengugut akan membelasah saya bersama rakannya jika tidak menurutinya,” katanya.

Berikutan ugutan itu, dia terpaksa menemani Ola membeli-belah kerana rakannya itu mempunyai kenalan di kalangan samseng di kawasan berkenaan.

“Saya diperkenalkan kepada dua lagi rakan perempuan Ola yang berusia 20-an, seorang daripada mereka dikenali sebagai Kak Erin sebelum dibawa ke pangsapuri Kenanga serta berjumpa lebih 10 lelaki yang semuanya memakai baju hitam putih seperti uniform.

“Di pangsapuri itu saya dikurung di bilik tingkat empat dan ditampar berikutan enggan hidu gam dan minum arak seperti mereka,” katanya.

Syaza yang sebak ketika menceritakan pengalaman pahit itu menyatakan kediaman itu yang dipercayai dimiliki Kak Erin, dijadikan ‘markas’ kumpulan terbabit melakukan kerja hina seperti menghisap dadah dan meminum arak.

“Mereka hanya dibenarkan memakai baju hitam putih walaupun corak dan fesyen berlainan.

“Saya turut dibawa membeli baju warna sama di pusat beli-belah berhampiran dengan hasil wang samun ahli kumpulan terbabit berikutan telefon bimbit dan wang saya RM20 dirampas,” katanya.

Katanya, kumpulan terbabit mendapatkan wang harian dengan menyamun orang ramai di sekitar kawasan berkenaan dan hasilnya lebih RM500 sehari berserta telefon bimbit.

“Saya takut ketika bersama mereka, tapi terpaksa mendiamkan diri kerana tiada cara melarikan diri atau menghubungi keluarga.

“Selain saya, ada tiga lagi gadis menjadi mangsa kumpulan itu, termasuk seorang daripadanya berusia 17 tahun sudah dijual untuk dijadikan pelayan kelab malam,” katanya.

Syaza diberitahu ahli kumpulan terbabit bahawa dia akan dijual dalam tempoh terdekat sebagai pelayan kelab malam sekitar ibu kota.

“Selang beberapa hari kemudian, saya dibawa untuk dijual di sekitar Damansara dan ketika menunggu van di bawah pangsapuri yang akan membawa saya ke destinasi, ayah tiba-tiba datang membantu,” katanya.

Ayahnya, Fadzil Bakar, 53, mendapat maklumat daripada seorang kenalan iaitu ahli jawatankuasa penduduk yang memberitahu Syaza berada di pangsapuri itu

Menurut Fadzil, dia bersama kenalan tiba tepat pada masanya iaitu beberapa saat sebelum Syaza dijual kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

“Kumpulan terbabit yang masih ‘budak-budak’ melarikan diri kerana bimbang saya dan kenalan membelasah mereka,” katanya.

Fadzil berkata, dia membawa anaknya pulang dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abdul Karim Abu Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penemuan semula mangsa dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan bagi memastikan sama ada kes itu turut membabitkan jenayah seksual.

“Laporan perubatan belum dikeluarkan, jadi kami belum dapat memastikan sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya memandangkan dia dikurung sekumpulan lelaki selama seminggu,” katanya.

Thursday, February 14, 2008

Amalan Agak Lucu Tapi.....

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salahku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil. Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya. Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Wassalam


Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga
------------ --------- ---------

Tuesday, February 12, 2008


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah...... .



turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."





(bacalah surah Al Fil /membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)





















Wednesday, February 6, 2008

Pilihanraya: Apalah Ertinya Sebuah Pembangunan Jika Semua Tergadai !!

 Bagai telah dijangka, maka selepas TPM Najib Razak kini Pak Lah pula memulakan langkah untuk menyerang Kelantan. Sekali lagi atas nama pembangunan pemimpin UMNO/BN menyeru supaya rakyat Kelantan memberi undi kepada parti haprak itu. Kononnya pembangunan lebih mudah dilaksanakan seandainya kerajaan negeri dan pusat berada dibawah satu bumbung. Sekali lagi berbagai projek pembangunan dicanangkan untuk dibawa ke negeri Kelantan seandainya mereka diberi mandat untuk mentadbir negeri itu selepas piliharaya umum ke-12 nanti.

Maka terbuktilah Pak Lah bukanlah manusia yang mempunyai prinsip dan berpegang pada janjinya. Sebelum ini kita telah melihat ketika beliau hadir ke majlis pelancaran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER), kononnya projek tersebut adalah bukan bertujuan untuk kepentingan politik. Alkisah, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz telah dijemput untuk memberikan ucapan aluan selaku tuan rumah. Berita tersebut menggemparkan seluruh negara, biarpun ucapan TG Nik Aziz itu tidak disiarkan secara langsung oleh media arus perdana. TG Nik Aziz, antara lain menucapkan tahniah atas sikap keterbukaan kerajaan dalam usaha menjalinkan usahasam ke arah pembangunan negeri Kelantan. Dalam sinisnya, TG Nik Aziz ada melahirkan kekecewaan lantaran selama pemerintahannya di Kelantan, pihak kerajaan pusat sering membelakangkannya dalam apa jua program atau projek pembangunan yang dilaksanakan di Kelantan. Biarpun program tersebut diberi kelulusan oleh kerajaan negeri sendiri. Bak kata TG Nik Aziz, "Jika nak masuk rumah pun, berilah salam dulu kepada tuan rumah". Itulah adat orang Islam dan Melayu kita sejak turun temurun. Ia secara tidak langsung memberi gambaran betapa biadapnya pemimpin UMNO/BN negeri yang langsung tidak mempelawa beliau dalam setiap kali prgram yang melibatkan pemimin pusat hadir ke Kelantan.


Justeru itulah, tatkala diundang ke pelancaran ECER TG Nik Aziz mengambarkan sesuatu yang berbeza telah berlaku. Begitu juga dengan orang ramai terutamanya rakyat di negeri Kelantan sendiri. Tetapi tidak bagi Cucu, kerana semua itu adalah gimik semata-mata untuk memancing undi dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Bukti jelas, dalam program bersama rakyat yang dihadiri oleh Pak Lah di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini mereka seali lagi masuk ke rumah tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Mengapakah ini berlaku? Bukankah semua ini kerana kuasa dan kerakusan para pemimpin UMNO/BN negeri untuk merampas semula Kelantan daripada pemerintahan PAS.

Sekali lagi Cucu ingin mempersoalkan, apakah Kelantan tidak membangun dan maju dibawah pentadbiran PAS?. Bagi Cucu, jika dibandingkan keunikan bandar Kota Bharu dengan Kuantan di negeri Cucu. Sesungguhnya, Kota Bharu lebih membangun sebenarnya. Pembangunan yang diasaskan selaras dengan tuntutan Islam jelas dapat dilihat di Kota Bharu.


Di Kuantan, biarpun bandar ini membangun pesat. Namun hingga kini isitilah "Kuantan Hatyai Pantai Timur" masing terngiang-ngiang di kepala Cucu. Maksiat berleluasa disana sini. Pusat-pusat hiburan seperti Disko, Pub, Kelab Malam, Pusat Karaoke, Dangdut, Rumah Urut, Kedai Ekor Magnum dan Sport Toto dilihat penyubur kepada aktiviti maksiat di bandar ini. Jika kita pergi ke Jalan Wong Ah Jang, pasti kita akan dapat melihat begitu ramai orang Melayu yang berpeleseran dan minum arak bebas disana-sini, bahkan yang lebih menyedihkan terdapat sebahagian besar daripada mereka adalah golongan tua dan veteran yang sudah menanti hari kematian "Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari". Mereka ini langsung tidak mencerminkan imej sebagai orang Islam. Semua ini jelas dapat dilihat dengan nyata tanpa ada apa-apa sekatan.


Dari segi pemilikan harta di bandar pula, jelas kita dapat melihat dimonopoli oleh kaum Cina. Orang Melayu hanya memiliki tidak sampai pun 20% pemilikan tanah dan rumah kedai di bandar ini. Akibat faktor kewangan maka, kebanyakan orang Melayu disini hanya layak berniaga di gerai-gerai makan sahaja. Sebaliknya gedung-gedung besar dan mewah dimiliki oleh kaum lain. Apakah ini yang kita mahukan. Pembangunan telah meminggirkan bangsa Melayu itu sendiri. Orang UMNO/BN mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memkirkan masa depan anak bangsa sendiri. Slogan "Tradisi Membela Rakyat" hanyalah gimik pilihanraya semata-mata. Sebaliknya rakyat dan bangsa Melayu terus mengemis dan tertindas di bumi sendiri. Apakah pembangunan seperti ini yang diimpikan oleh kita semua?


Cucu berbangga pabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Tatkala singgah di bandar Kota Bharu terlihat premis-premis mewah banyak dimiliki oleh orang-orang Melayu. Kedai-kedai kereta mewah dan terpakai, kedai buku, kedai tayar, pasaraya kedai emas dan sebagainya banyak yang dimiliki oleh orang-orang Melayu. Terasa bangga biarpun ianya bukan milik Cucu, ini tidak berlaku di tempat Cucu bahkan juga di bandar-bandar utama di seluruh negara melainkan Bandar Jengka kini Bandar Tun Razak Jengka (100% peniaga Melayu). Apakah kita mahu gadaikan semua ini kepada UMNO/BN sama seperti mereka menggadaikan tanah dan harta nenek moyang kita. Sama-samalah kita fkirkan.

Apakah Kelantan tidak membangun? Sedangkan negeri itu sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancongan rakyat Malaysia dan luar negara. Destinasi membeli belah seperti Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubur, Rantau Panjang dan sebagainya menjadi destinasi popular. Apa yang lebih membanggakan majoriti usahawan yang menjalakan aktiviti perniagaan disitu adalah bangsa Melayu. Di Kuantan, tepat Cucu mana ada destinasi seperti itu. Syurga membeli belah langsung tiada untuk menarik perhatian pelancong. Destinasi "One Stop Centre" yang terdapat disini pun kurang popular, iaitu sebuah arked atau bazar yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Terbaru, kita disajikan pula dengan konsep perniagaan larut malam yang popular dengan nama "Uptown". Di Kuantan, yang kononnya membangun sangat konsep Uptown ini gagal menarik pengunjung langsung. Sebelum ini diadakan di pinggir Stadium Darul Makmur, namun selang beberapa bulan ditutup. Kini satu lagi Uptown dibuka di Lorong Tun Ismail, Kuantan yang juga menanti hari untuk dikapankan akibat kekurangan sambutan dikalangan warga Kuantan. Ini jelas menunjukkan kepada kita kuasa beli orang Kuantan masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Ini juga jauh berbeza dengan Uptown yang terdapat di Kota Bharu. Kabarnya kehebatannya juga hampir menyamai Uptown di Kuala Lumpur. Bukankah ini menunjukkan orang Kelantan lebih maju dan membangun sebenarnya.

Terbaru, rangkaian pasaraya besar Mydin's Wholesale Emporium bakal membina sebuah pasaraya besar yang paling luas di Malaysia yang letaknya di Kota Bharu Kelantan. Sebelum ini kita mendengar rangkaian pasaraya besar TESCO ingin membina premis mereka yang pertama di pantai timur dimana Kota Bharu tetap menjadi lokasi pilihan. Bukankah ini jelas menunjukkan mereka yakin dengan potensi pelanggan dan pembangunan di negeri Kelantan sebenarnya. Mengapaka puak-puak UMNO/BN ini masih mengatakan yang Kelantan tidak maju?. Walhal para usahawan korporat memilih Kelantan sebagai destinasi mereka untuk membuat pelaburan. Ini belum lagi termasuk syarikat penerbangan tambang murah negara iaitu AIRASIA yang turut menjadikan Kelantan destinasi persingahan mereka. Kenapa Kuantan tidak dipilih? Ini kerana mereka tahu, Kuantan bukanlah pusat tumpuan para pelancong sebenarnya.

Sebaliknya Pahang negeri Cucu ini hanya berbangga dengan destinasi pelanconan yang penuh maksiat dan bala seperti Genting Hihglands, Club Med Cherating, Pulau Tioman, Cameron Hihglands, Bukit Fraser yang kesemuanya kita tahu adalah lokasi pilihan untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti maksiat sebenarnya. Apakah ini yang kita mahukan dalam soal pembangunan ini?. Inilah yang harus kita fikirkan sebenarnya. Jangan hanya mendabik dada ingin membawa pembangunan. Bahkan apa yang paling menyedihkan ialah belanjawan negeri Pahang sering mengalami defisit seiap tahun. Kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat setiap tahun. Bukankan ini bukti bahawa sistem pentadbiran dan manusia yang tidak amanah melaksanakan tanggungjawab menyebabkan negara bakal tergadai. Akhirnya terpaksalah bergantung kepada beberapa kerat individu bagi menampung segala kelemahan.

Lantaran itulah di Pahang nama-nama seperti Tengku Wong dan mendiang Lim Goh Tong banyak dikaitkan dalam melaksanakan serta mencaturkan pembangunan dan pentadbiran negeri ini. Kerajaan negeri banyak meminta bantuan dua tokoh terbabi tatkala menanggung hutang dan ingin membayar gaji kakitangan awam di negeri ini, yang mana akhirnya kawasan balak digadaikan dan dipajakkan kepada mereka saban tahun. Justeru itulah kita hairan, negeri Pahang kaya dengan balak tetapi sering mengalami hutang dan defisit setiap tahun.

Inilah bukti jelas jika pembangunan yang dirancang tanpa mengikut lunas-lunas Islam bakal menemui kegagalan dan kehancuran. Ini belum lai termasuk kehancuran bangsa itu sendiri. Gejala sosial yang semakin parah melanda anak-anak muda kita. Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya. Maka itu, apalah guna kerajaan pimpinan Pak Lah melaung-laungkan sangat kononnya Islam Hadhari berjaya membentuk modal insan. Kononnya Islam Hadhari berasaskan paksi keimanan dan ketakwaan walhal semuanya itu adalah pembohongan yang nyata dan jelas. Mereka berjaya menipu rakyat supaya membenci Islam sebenar. Mereka memesongnya minda dan fikiran rakyat. Kesalahan mereka ini adalah besar dosanya sebenarnya. Mereka telah ditipu oleh diri mereka sendiri. Islam hanya menjadi alat dan perkakas untuk kepentingan hawa nafsu dan meneruskan kekuasaan. Maka itu, kini adalah menjadi satu tangungjawab kita untuk menjatuhkan kerajaa yang haprak seperti ini. Masa depan agama, bangsa dan negara akan punah jika puak-puak ini dibiarkan terus berkuasa.

Kepada seluruh rakyat Kelantan, berdoa dan berkorbanlah demi mempertahankan kedaulatan Islam di neger itu. Mereka hanya merancang, tetepi ingatlah perancangan Allah adalah yang paling utama. Mungkin mereka boleh menggunakan apa saja kekuatan yang ada dalam usaha merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan PAS. Namun sedarlah berkat doa alim ulamak Isya Allah kita berharap agar semua ini bakal dipatahkan dan Kelantan terus berada dibawah kepimpinan ulamak di Kelantan. Cucu juga berharap agar di negeri Pahang juga , gelombang kebangkitan ini akan terus terlaksana. Biar lebih banyak kerusi jatuh ketangan pembangkang supaya ada "Check N Balance" dalam mereka melaksanakan sesuatu tindakan. Jika tidak, maka negeri Cucu ini juga akan terus tergadai suatu hari nanti.

Wednesday, January 30, 2008

Keunikan Gerakan Islam di Turki

SETELAH tumbangnya Daulah Uthmaniyyah pada tahun 1924, muncul kerajaan Turki Moden yang ditubuhkan oleh Musthapa Kamal Ataturk yang mengamalkan dasar sekular.

Sekular berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat atau kedudukan. Menurut Syed Naquib al Attas, faham sekular merujuk makna kedisinikinian.

Syed Naquib menyimpulkan sekular sebagai idea yang lebih dekat dengan ideologi positivisme yang bertentangan dengan Islam kerana positivisme menyatakan bahawa wujudnya alam hanyalah fakta [fizik] dan tidak ada disebalik fakta [metafizik] sedangkan Islam mengakui kewujudan unsur fizik dan metafiziknya alam. Secara mudahnya, sekular telah memisahkan antara agama dengan urusan dunia.

Bagi menjamin keteguhan sekularisme, Musthapa Kamal telah mengubal perlembagaan negara Turki berteraskan ajaran sekular melalui Parti Republik Rakyat dan mengarahkan tentera sebagai pengawal kepada ideologi sekular. Musthapa Kamal adalah legasi yang dibentuk oleh Freemason Yahudi untuk mengucar-kacir perpaduan umat Islam. Beliau dididik oleh Freemason Yahudi yang berpusat di Salonika, Macedonia dan memasuki Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam atau dikenali sebagai Dunmah. Beliau mempunyai seorang penasihat Yahudi yang bernama Hakham Yahudi Hasyim Nahun yang menasihat Ataturk dalam politik, ekonomi dan sosial. Islam telah dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan, dengan menggunakan slogan garbie doegeo [berarak menuju ke Barat], penggunaan bahasa Arab, pemakaian menutup aurat dan jawatan khalifah telah dihapuskan. Ataturk telah cuba menerapkan prinsip Kamalisme iaitu republik, nasional, populis, estatis, sekular dan revolusionari ke dalam pemikiran masyarakat Turki.

Kedurjanaan Ataturk dengan menggunakan sekularisme telah cuba menghancurkan ajaran Islam ditentang hebat oleh seorang ulama yang bernama Badiuzzaman Said Nursi. Walaupun ditindas dengan kejam, beliau telah berjuang melalui mata pena. Said Nursi menulis risalah yang dikenali Risalah-i Nur ialah himpunan surat yang mentafsir ayat al Quran. Risalah ini cuba membuktikan kebenaran dan kemantapan sistem hidup Islam dengan menggunakan nas al Quran, hadis, ilmu kalam, sains dan sejarah. Selain itu, Said Nursi juga pernah menganggotai parti al-Ittihad al-Muhammadi yang bertujuan mengembalikan ketuanan Daulah Uthmaniyyah dan pelaksanaan syariat selepas kebangkitan gerakan sekular melalui Parti Perpaduan dan Kemajuan sebelum Perang Dunia Pertama. Gerakan al-Nur yang dipelopori oleh Said Nursi ini merupakan asas kepada Jemaah Zaman yang diusahakan oleh murid-muridnya. Angin kebangkitan Islam yang ditiup oleh Risalah-i Nur terus bersemarak di Turki hingga hari ini.

Pada tahun 1946, Turki mengamalkan demokrasi liberal melalui pilihanraya yang memberi peluang golongan Islam menyertainya. Setelah sekian lamanya, parti sekular menguasai pilihanraya, Necmettin Erbakan seorang berkelulusan ijazah kedoktoran [PhD] dalam kejuteraan telah membentuk parti berlatar belakang Islam yang pertama iaitu National Order Party pada tahun 1970 tetapi diharamkan oleh mahkamah perlembagaan pada 20 Mei 1971 atas desakan tentera. Pada 11 Oktober 1971, Erbakan menubuhkan sebuah parti baru iaitu National Selvation Party [NSP] yang telah menyertai pilihanraya pada tahun 1973 dan menang sebanyak 48 kerusi atau 11.8 peratus. Kejayaan ini membolehkan Erbakan menbentuk kerajaan campuran dengan parti sekular, Republican People Party.

Dengan kepintaran politik Erbakan, golongan Islamis berjaya memperolehi beberapa jawatan politik seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman. Pada tahun 1974, NSP bergabung parti Justice Party dalam kerajaan campuran ekoran tentera Turki menyerang Cyprus. Dalam pilihanraya 1977, NSP mendapat 8.6 peratus undi atau 27 kerusi. Peratusan yang kecil ini masih menghidupkan peluang NSP menyertai kerajaan campuran Justice Party. Kerajaan campuran telah dibubarkan oleh rampasan kuasa tentera pada tahun 1980 ekoran kebimbangan impak negatif daripada Revolusi Iran pada tahun 1979.

Turki kembali kepada pemerintahan demokrasi pada tahun 1982, Erbakan melalui pengikutnya, Ali Tukmen telah menubuhkan Parti Refah pada 19 Julai 1983. Dalam pilihanraya 1984, Parti Refah telah berjaya mendapat 7.8 peratus tetapi 10 tahun kemudian Parti Refah mendapat 21.38 peratus atau 158 kerusi yang diadakan pada 25 Disember 1995. Sebelum itu dalam pilihanraya bandaran pada 27 Mac 1994, Parti Refah berjaya menguasai 327 majlis bandaran termasuk Istanbul dan Ankara. Dalam pilihanraya ini juga Parti Refah berjaya menguasai 28 daripada 76 wilayah di seluruh Turki. Parti Refah telah mengadakan kerajaan campuran dengan parti sekular True Party pimpinan Tansu Ciller. Erbakan telah dilantik sebagai Perdana Menteri Turki.

Dasar pro-Islam Erbakan menyebabkan pemerintahannya ditekan oleh tentera dan Erbakan terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 1997. Mahkamah Perlembagaan Turki telah mengharamkan Parti Refah pada bulan Januari 1998 kerana mengancam prinsip sekular dan Erbakan dilarang bergiat dalam politik. Berikutan pengharaman ini, Virtue Party ditubuhkan oleh pengikut Erbakan, Rejai Kutan pada akhir tahun tahun 1997 tetapi parti diharamkan pada tahun 2001. Setelah pengharaman parti Virtue, Rejai Kutan telah menubuhkan parti Saadet manakala golongan reformis dalam Parti Refah yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul menubuhkan Justice and Development Party [AKP] pada tahun 2001.

Dalam pilihanraya yang diadakan pada 3 November 2002, AKP telah berjaya memperolehi 34.28 peratus atau 365 kerusi telah membolehkan AKP menubuhkan kerajaan Turki sehingga kini. Erdogan telah dilantik sebagai Perdana Menteri setelah AKP meminda perlembagaan agar Erdogan dibenar bergiat aktif dalam politik. Sebelum ini, Erdogan adalah Dato Bandar Istanbul yang pernah dipenjara dan dilarang berpolitik kerana membaca puisi Mehmet Akif yang dianggap menghina prinsip sekular Turki. AKP semampu yang mungkin cuba menerapkan semangat Islami dalam pentadbiran dan cuba menggelak konflik dengan tentera yang mengawal prinsip sekular.

Walaupun Turki mengamalkan sekularisme secara total, parti berakar-tunjangkan Islam berjaya menjadi kuasa penentu dalam proses penubuhan kerajaan di Turki kerana kelemahan prinsip populis Kamalisme iaitu siapa yang lebih popular akan berkuasa. Erdogan merupakan Dato Bandar Istanbul yang popular telah berjaya menyediakan kemudahan untuk rakyat Turki semasa pemerintahan Parti Refah. Parti Refah sendiri pernah menyelesaikan masalah hutang bandar-bandar dikuasainya yang berjumlah USD16 bilion dan meningkat pendapatan daripada USD 150 juta pada tahun 1994 kepada USD 1.87 bilion dalam tahun 1997.

Menurut Perlembagaan Turki setiap warganegara yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai hak menubuhkan parti politik, menyertai parti politik atau meninggalkan mana-mana parti politik. Peluang ini memudahkan parti berlatar belakang Islam yang diharamkan menubuhkan kembali organisasi mereka dengan hanya menukar nama baru. Sistem pilihanraya berasaskan peratusan undi popular juga membantu parti berasaskan Islam. Dalam sistem ini, setiap parti perlu mendapat 10 peratus undi bagi mendapat kerusi. Setiap wilayah akan diberi satu kerusi parlimen dan bakinya akan dibahagikan kepada parti yang mendapat lebih daripada 10 peratus undi.

Cabaran parti Islam dalam pemerintahan di Turki adalah menghadapi 3 institusi yang melindungi ideologi sekular iaitu tentera, badan birokrasi dan badan politik. Perlembagaan Turki telah menetapkan negara tersebut adalah sebuah negara sekular dan tiada kuasa yang dibenarkan menggugatnya. Ideologi sekular ini dilindungi oleh tentera yang bertindak seganas mungkin termasuk merampas kuasa jika ada pihak yang cuba mencerobohi ideologi sekular. Erbakan sendiri beberapa kali ditekan sehingga beliau dibersarakan daripada kancah politik. Kebangkitan generasi muda untuk memperjuangkan Islamisasi diharapkan membawa perubahan baru kepada gerakan Islam. Selama ini rakyat Turki dididik secara sekular sehingga mereka bersifat lebih Barat daripada orang Barat dan bersifat anti-Islam yang dianggap agama anti-pembangunan dan mundur.

Kebijaksanaan Erbakan dapat dilihat apabila beliau telah melatih kadernya melalui sekolah Iman Hatip supaya dilahirkan profesional berjiwa Islam dan menubuhkan jaringan perdagangan Islam yang dikenali MUSIAD [Persatuan Peniaga dan Pengusaha Bebas] pada 5 Mei 1990. Persatuan ini menyatukan usahawan pro-Islam dalam pelbagai bidang. Pada tahun 1991 sebanyak 400 orang telah menyertai MUSIAD dan jumlah ini bertambah kepada 1700 orang pada tahun 1993. Jumlah ini bertambah kepada 3000 orang pada tahun 1998 dengan anggaran pendapatan $ 2.97 bilion. Kedudukan ekonomi yang kukuh membolehkan MUSIAD pimpinan Ali Bayramoglu membantu parti politik berlatar belakang Islam di sebalik tabir.

Selain gerakan politik Islam dan ekonomi, gerakan sosial berasaskan Islam turut memainkan peranan penting di Turki. Gerakan sosial Islam Turki ini dipimpin oleh Fethullah Gulen seorang pemikir yang terpengaruh dengan pemikiran Said Nursi. Gerakan Gulen menggunakan pendekatan non-politik berasaskan semangat dialog dan toleransi. Gulen sering berbicara tentang sains dan Islam, demokrasi, pemodenan, agama dan semangat toleransi. Gulen sendiri kerap kali mengkritik dan menyokong cadangan sama ada daripada pihak sekular atau Islamis. Gulen cuba merapati semua pihak di Turki dengan menggunakan kesederhanaan tanpa terlalu pro atau kontra terhadap mana-mana pihak. Penyertaan non-muslim dalam gerakannya membuktikan Gulen mementingkan dialog antara agama bagi mendekatkan ajaran Islam dengan non-muslim.

Gerakan Gulen bukanlah satu gerakan yang mempunyai institusi khas atau lambang rasmi tertentu. Pembabitan gerakan ini dapat difahami dalam kerangka kumpulan kepentingan [intrest group]. Ia digerakkan oleh Yayasan Guru Turki dan Yayasan Penulis dan Wartawan yang bergiat dalam aktiviti pendidikan dan media massa. Gerakan Gulen memiliki hampir 200 buah sekolah daripada Tanzania ke China dan 100 buah sekolah di Turki. Dalam media massa, gerakan Gulen memiliki akhbar Zaman, saluran TV Samanyolu dan stesen radio Burc. Kekuatan ini membolehkan Gerakan Gulen menjadi pengimbang kuasa antara pihak Islamis dan sekular sehingga cuba didekati oleh semua pihak di Turki. Sokongan Gerakan Gulen dapat mempengaruhi keputusan-keputusan dalam pemerintahan di negara Turki.

Begitulah keunikan gerakan Islam di Turki, sebuah negara mengamalkan ideologi sekular secara total. Secara keseluruhannya, gerakan Islam haruslah menggunakan kebijaksanaan bagi mendepani setiap cabaran berdasarkan suasana tempatan. Kebolehan gerakan Islam di Turki mendepani cabaran pihak sekular perlu ditauladani oleh gerakan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab itu, keupayaan menggunakan strategi san jieche [gabungan tiga] iaitu penyatuan kekuatan politik daripada dalam kerajaan, luar kerajaan dan gerakan non-politik perlu digembleng bagi memperkasakan sesebuah gerakan Islam.

Kami Bangga Menjadi Musuh AS - Syed Hassan Nasrullah



Hizbullah mengeluarkan ulasan keras atas tuduhan AS bahwa Iran telah membantu persenjataan kumpulan Hizbullah di Lubnon. Pemimpin Hizbullah, Syed Hassan Nasrullah dengan tegas mengatakan bahwa dia merasa bangga telah menjadi musuh "Setan Besar" iaitu Amerika Serikat.

Dalam pernyataan hari Minggu (13/1) malam, Nasrullah mengatakan dia tidak takut dengan ancaman AS dan tidak akan sembunyi. "Saya tidak akan sembunyi. Saya merasa bangga ketika Bush membincangkan tentang Hizbullah dan gerakan-gerakan penentangan terhadap AS, karana ketika Firaun dan Setan Besar menuding kami dan memandang kami sebagai musuh mereka, ini merupakan kehormatan bagi kami, " tambah Nasrullah.

Dalam rangkaian kunjungannya ke Timur Tengah, Presiden AS George W. Bush semasa berucap di Uni Emirat Arab melontarkan kecamannya terhadap Iran dan Hizbullah. Bush mengatakan bahwa Iran adalah negara terdepan di dunia dalam mengeksport aktivitas pengganas. Bush juga menuding Iran telah memberikan bantuan ratusan juta dollar untuk para ekstrimis di seluruh dunia, salah satunya untuk kumpulan Hizbullah.

Hassan Nasrullah mengatakan, Bush gagal meyakinkan dunia tentang tuduhannya terhadap aktivitas nuklier Iran dan sedang mencari cara lain untuk "menghancurkan" Iran yaitu dengan menuduh bahwa Negara Republik Islam Iran berada di balik kumpulan2 terorisme di Libanon, Palestina, Iraq dan Afghanistan.

"Di mana ada perlawanan, Iran selalu dituding telah membantu gerakan perlawan itu, dan gerakan perlawanan ini dimata Bush adalah para teroris. Padahal dia-lah (Bush) yang mendukung terorisme, melakukan pembunuhan dan menyemarakkan peperangan, " tandas Nasrullah.

Ia menambahkan, buat AS, "Ketika sebuah negara seperti Iran atau Syria membantu gerakan-gerakan perlawanan yang membela anak-anak, kaum perempuan, rumah-rumah, tanah dan tempat-tempat suci dari cengkeraman Zionis Israel, maka negara itu dilihatnya sebagai negara teroris yang mendukung terorisme. "

Iran: Bush Tak Paham Politik
Seperti biasanya, Iran tenang mendengar pernyataan-pernyataan Bush tentang Negara Para Mullah itu. Menteri luar Iran Manouchehr Mottaki menilai Bush tidak faham politik Timur Tengah, terutama politik di Libanon.

"Mereka (AS) tidak punya gambaran yang nyata berdasarkan realiti-realiti yang terjadi di kawasan ini. Mereka terus saja menciptakan ketegangan di kalangan negara-negara di Timur Tengah dan menerapkan pendekatan yang juga sepihak pada Libanon, " kritik Motakki.

Ia mencontohkan, setelah persidangan Annapolis, AS tetap mendiamkan tindakan rejim Zionis Israel yang terus menerus menyerang rakyat Palestina, khususnya di Kawasan Gaza.

Dalam rangkaiannya ke sejumlah negara Timur Tengah, sangat jelas misi Bush untuk menyemai kebencian negara-negara Timur Tengah terhadap Iran. Namun, seruan Bush agar negara-negara Timur Tengah beramai-ramai melawan Iran, tidak mendapat sambutan dan dianggap dingin. Misi Bush pun gagal lagi? (eramuslim)

Sunday, January 20, 2008

Fakta Yang perlu anda semua tahu..

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang
bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy ,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya