Thursday, January 3, 2008

Bagaimana untuk mengekalkan semangat perjuangan..

Hati manusia sentiasa berubah. Adakala kuat adakala lemah.

Benar, berjuang krn aqidah dan kepercayaan kepada Allah, bukan kerana semangat. Namun adakala semangat juang menjadi lemah walaupun aqidah perjuangan masih teguh. Adakala rasa malas nak pergi ke usroh, program-program jamaah dan program masyarakat.

kalau nak dikaji semula memang banyak punca yg mendorong ke arah lemahnya semangat ini.. mungkin faktor pemakanan, kecerdasan badan, banyak sangat menelan hiburan, kurang fokus, kurang sokongan keluarga, kurangg motivasi dari rakan-rakan seperjuangan, kurang pengisian haraki, ada masalah di pejabat atau tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah kesihatan dsb…..

Apa yg perlu dibimbangkan ialah seandainya ( na’udzubillah ) nyawa kita ditarik ketika jiwa lalai dari mengingati Allah, semangat lemah dari jihad, diri jauh dari perjuangan.. sedangkan syahid ketika berada atas landasan jihad adalah cita-cita tertinggi kita..

Gejala futur ( lemah ) dalam jamaah ini boleh menyumbang kpd peningkatan jumlah ahli dalam golongan mutasoqqitun ( tercicir dari perjuangan Islam ). Itu yg perlu kita khuatir..


Berjuanglah dengan niat ikhlas utk mengenali Allah...kalau kita perasan kita dah cukup kenal Allah, sampai satu tahap kita akan jadi malas...bila dtg rasa malas ini (nafsu bawahan), lawan balik bahawa ilmu Allah ini luas...teruskan perjuangan mengenaliNya...ilmu Allah ini tidak bersempadan (infiniti)...bagi yg sudah merasa setitis ilmu Allah, ia akan nak rasa lagi dan lagi dan lagi sampai la di syurga nanti (insya Allah)...
hanya yg merasai akan memahami...itu yg kita duk kejar2kan skrg ini...

Menyentuh tentang
kaedah untuk mengembalikan semangat juang ini.. setiap individu mempunyai caranya tersendiri. Pelbagai kaedah digunakan utk menyegarkan kembali semangat jihad dalam diri bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang dan jauh.. antaranya ialah :

Arrow membaca kembali firman2 Allah & hadith2 Nabi SAW tentang jihad & pengorbanan..
Arrow mendengar alunan nasyid perjuangan dari Shoutul Amal, Nada Murni, Brothers..
Arrow menonton video perjuangan HAMAS, Al-Qaeda, Hizbullah, perjuangn di Ambon, Chechya dsb..
Arrow mendengar kembali ceramah perjuangan dr ustaz / ulama’ haraki..
Arrow membaca sirah perjuangan Nabi SAW dan para sahabat..

Salah satu cara yg aku lakukan dan ingin aku kongsi ialah p’bacaan
Al-Ma’thurat ( zikir Rasulullah SAW ). Sape yg istiqomah baca 2 kali sehari dgn penuh fokus pasti dpt rasa ape yg aku rase..

Membaca Al-Ma’thurat dgn lidah dan melafazkan terjemahannya dlm hati, fikiran aku teringatkan mujahid ulung t’cinta, Rasulullah SAW.

bila menyedari wirid inilah yg membasahi lidah Rasulullah SAW setiap hari..
bila menyedari wirid inilah yg membasahi lidah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna setiap hari..
bila menyedari wirid inilah yg membasahi lidah para ulama dan para mujahid setiap hari..
tiba2 terasa ‘zuq’ spt satu roh meresapi dlm tubuh terus ke hati..

10 minit aku fokus dgn pembacaan Al-Ma’thurat, insya Allah sepanjang hari aku rasa kuat..


perbanyakkan qiyamullail dan membaca Al-Qur'an di tgh malam. ketika insan berselimut, kita bangkit bermujahadah ingin bertemu Tuhan tercinta. mengadu sepenuh hati kpd-Nya, betapa perit dan pedihnya ranjau perjuangan ini. mengadu dan merayulah sepuas-puasnya. Allah pasti tak persiakan hamba seperti ini.

itu cara aku, bagaimana dengan cara anda?
mari la kita b’kongsi, memang ada manfaat untuk rakan-rakan yang lain yg mungkin sesuai dengan cara kita.. ingat lah Allah Ta’ala sumber kekuatan..


"Wahai orang-orang yg beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki ( pendirian ) kamu" - surah Muhammad ayat 7 -

No comments: